20091105

Betul ker?

Ramai selalu cakap.."bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian" "bukan senang nak senang,bukan susah nak susah"..
haih!tetapi dalam hidup aku ni bersusah-susah dan susah betol la nak jumpa senang yang kemudian tuh.. org gak cakap walaupun kita selalu hadapi kesedihan,ingatlah bahawa akan ada kegembiraan sebagai penghujung nya,jika sedih juga,maka ianya belum lagi penghujung..(macam ala2 cerita hindustan Amitabh Bacahan tuh)..
aku xnak jadi seorang manusia yang stereotaip melampau..bangun kerja,makan,maen futsal dan tidor.. plus hujung minggu kuar jenjalan KL yang semakin lama semakin aku rasa agak bosan dan terlampau "kedepan" orang nya.. betol ker "kedepan".. tepok dada tanya badan sakit ker tak..

Apa sebenarnya kita nak dalam kehidupan? memangla kalau boleh aku nak jadi lelaki macam dalam tiap-tiap drama bersiri di TV3 jam 10.30 malam tuh.. berTie..keta mewah..pastu semua disekeliling aku org2 yang cun dan lawa sahaja..pergh!! balek dari oversea terus jadi manager di syarikat DADDY.. betol ker gembira hidop cenggini? ntah la.. sekali lagi tepok dada tanya badan sakit ker tak..

Xcukup kah dengan apa yang ada sekarang? soalan yg bagus.. cukup mmg cukup ..tapi sekadar cukup makan..xperlu berkais-kais la sebab aku rasa Malaysia sekarang ni dah xder dah yang makan berkais-kasi tuh..mana tak nya..celik mata bersepah makanan ada..nak kais apa lagi??? makan saja la(duit mesti ada la)..Jadi bagi aku life aku skrg sangat mencukupi..cuma aku rasa macam ada org dah wat jadual kat aku(maybe aku sendiri)..YE LA!!.. 24-7 asyik wat benda yang sama jer..xder masa terluang untuk mengubah jadual ni.. hepi ker aku?sekali lagi tepok dada tanya badan sakit ker tak..

Dalam hidup kalau dah kerja perlu cepat2 kahwin ker? pelik gak kan pernyataan ni.. semua bila dah jumpa aku semacam ada FAQ yang mmg dorg siapkan dah(ala2 FAQ musim raya tuh "bila balek raya" +"naek apa balek kg" + "cuti berapa hari")..cuma soklan dia cenggini.."kerja mana" + "brapa lama dah keja" +"keja dah tetap pastu bila nak kahwin?" Betol ker bila dah kerja kena masuk ke alam seterusnya..aku rasa aku xbersedia lagi KOT..org ckp hanya jauhari mengenal manikam.. ni aku.. of coz aku knl aku maa.. tapi selagi xfikir "semua" ni mmg aku rasa aku akan jadi seorang manusia yg xlengkap..sekali lagi tepok dada tanya badan sakit ker tak.

Aku seorang kaki bola ker? aku rasa yer la kot..tapi kaki menyepak bola kot.. pastu aku suka berjaga malam @ pagi untuk tgk Liverpool maen walaupun xsekuat zaman "midfielder maestro" tu ader..tapi aku xkesah..kalah ker menang ker..aku tetap dgn Liverpool..semangat Scouser + Liverpudian tetap dihati walaupun aku bukan lahir disana..tapi org ckp xyah la tgk bola lewat sgt..sok kan kerja.. aku tgk bola sbnrnya aku xnak jadi manusia yg terlampau berjadual..ok ker? erkkk...sekali lagi tepok dada tanya badan sakit ker tak.

jadi anda rasa bagaimana? betol ker cenggini!

No comments: